Wednesday 28 October 2015

Cerpen Cinta Remaja

____________________________________________
Cerpen Cinta Remaja Sedih

Cerpen Cinta Remaja Sedih - Sudah banyak yang mengakui kualitas cerita cerpen cinta remaja ini, sedih, memang sangat menyentuh alurnya walau tidak bisa lepas dari kehidupan remaja: klasik, klise dan pop. Banyak para pembaca kami sedih setelah mebaca kisah cinta seorang gadis remaja ini, cerpen nya berakhir dengan sedih, selamat menikmati.
______________________________________________________________________

Tuesday 27 October 2015

Soalan Ringkasan Petikan

Baca petikan di bawah dengan teliti dan tulis sebuah ringkasan tentang keistimewaan bandar Batu Pahat. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

            Bandar Batu Pahat juga dikenali sebagai Bandar Penggaram, sempena nama Bukit Penggaram  yang dibuka atas titah perintah Sultan Johor pada peghujung abad ke-19. Bandar Penggaram merupakan bandar baharu yang mengalami pertumbuhan pesat. Bandar ini dilengkapi dengan segala prasarana asas. Kemudahan ini menarik para peniaga dan pedagang ke sini.

            Di pinggir Bandar Batu pahat pula terdapat banyak kilang industri kecil dan sederhana. Di antara industri yang tersohor ialah tekstil. Maka tidak hairanlah jika banyak orang datang ke sini, iaitu dari Melaka hingga ke Singapura untuk membeli belah bahan tekstil. Tidak jauh dari pusat bandar pula terdapat sebuah pelabuhan kecil yang terletak di muara Sungai Batu Pahat. Pelabuhan ini menjadi pusat perdagangan. Kebanyakan barang dagangan diimport dari kepulauan Sumatera yang merangkumi kayu balak, kelapa, dan getah.

            Bandar Batu Pahat mempunyai panorama yang indah. Selain keindahan alam semula jadi, terhias permai sungai dan lembah di Sungai Batu Pahat dan dua cabang anak sungai di sebelah hulu yang terletak di kawasan Simpang Kanan dan Simpang Kiri. Para pengunjung lebih terpesona melihat Gunung Banang dan Gunung Soga yang menghiasi latar belakang daerah Batu Pahat.

            Peneroka awal Batu Pahat ialah orang Melayu, Jawa, Banjar dan Bugis. Apabila semakin banyak penduduk ke sini, maka imigran Cina dan India pula menyusul tiba. Orang Jawa dibawa masuk untuk bekerja di ladang kopi dan getah. Orang Cina pula berniaga dan berdagang. Selain itu, mereka juga menanam gambir dan lada serta membuka lombong.

         Batu Pahat banyak menyimpan sejarah suka dan duka. Antara peristiwa yang menggembirakan ialah lahirnya Pergerakan Melayu Semenanjung Johor pada tahun 1945. Di Batu Pahat juga pernah berlaku peristiwa berdarah yang menyayat hati semasa Perang Dunia Kedua berlaku.

Berdasarkan petikan, jawab soalan-soalan berikut menggunakan perkataan anda sendiri.

i.
Apakah maksud rangkai kata terhias permai?  [2 markah]


ii.
Jelaskan keindahan alam semula jadi di Batu Pahat. [4 markah]


iii.
Pada pendapat anda, apakah yang perlu dilakukan untuk menarik minat pelancong berkunjung ke sesuatu tempat?  [4 markah]