Pages

Monday 2 November 2015

PANTUN | Pantun Nasihat

Pantun terdiri daripada beberapa bentuk dan jenis. kedua-dua aspek ini dapat diklafikasikan menerusi elemen yang terdapat dalam sesebuah pantun. Bentuk pantun dapat dilihat menerusi rangkap dalam struktur pantun tersebut. Sebagai contoh, terdapat dua bentuk pantun yang biasanya dilihat atau dihasilkan oleh pengkarya-pengkarya sastera di Malaysia iaitu pantun dua rangkap dan pantun empat rangkap. Jenis pantun pula merujuk kepada tema atau isi penyampaian makna yang ingin disampaikan dalam sesebuah pantun sama ada dalam bentuk nasihat, tauladan, jenaka dan sebagainya. 

Di bawah ini ialah contoh pantun nasihat yang ditulis dalam bentuk empat rangkap.


Buat baik berpada pada
Takut ada terhutang budi
Walau senyum suatu pahala
Jangan sampai di salah erti

Melompat riang si anak kancil
Kancil terjerat helah sendiri
Sabar dan ikhlas membuah hasil
Hasil di kutip di akhirat nanti

Harum sekuntum mekar sejambak
Taman raudhah berpagar iman
Limpahan hidayah tercurah melambak
Malang sedikit membekas berkesan

Manusia bercakap beo meniru
Cakap manusia berakal perasaan
Bertasbih bertahmid biar beribu
Belum tentu berkesampaian

Si tukang kasut membuat perabut
Si penggali kubur menjadi bidan
Adzan berkumandang tiada bersahut
Ruhul kudus menangis keseduan

Menggali lubang menimbus lubang
Hamba fakir beraksi kaya
Hutang menimbun keliling pinggang
Batu permata bercampur serpihan kaca

Apa bergelora di lautan samudra
Jika tidak arus dan gelombang
Setiap niat gerak tutur kata
Kehadirat sang adil di hitung timbang


No comments:

Post a Comment