Keselamatan Jalan Raya
Kemalangan
jalan raya bukanlah satu perkara baru di negara kita, malahan sejak sekain lama
kemalangan jalan raya yang berlaku di negara ini merupakan antara yang
tertinggi di dunia. Kemalangan tersebut telah banyak menyebabkan kehilangan
nyawa, terutamanya kemalangan yang melibatkan bas. Oleh itu, kerajaan telah
melakukan langkah-langkah yang sewajarnya bagi mengurangkan kemalangan jalan
raya di negara ini.
Antara
langkah yang patut dilakukan ialah undang-undang keselamatan jalan di jalan
raya perlu diperketat supaya kemalangan jalan raya dapat dikurangkan. Syarat
kelulusan bagi ujian kelas memandu juga haruslah dinaikkan. Selain itu, para
pemandu diwajibkan menduduki peperiksaan setiap dua tahun untuk memahirkan
mereka dengan kemahiran yang diajarkan di kelas memandu dahulu. Keadaan
kenderaan seperti tidak berlampu dan sistem brek yang rosak merupakan salah
satu penyumbang utama kemalangan di jalan raya. Oleh itu, para pemandu perlu
sentiasa memastikan kenderaan mereka dalam keadaan selamat sebelum digunakan,
khususnya untuk perjalanan yang jauh. Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan
haruslah mewajibkan pemeriksaan kenderaan dilakukan setiap tahun dan mengenakan
denda terhadap mereka yang mengingkarinya.
Kemalangan
jalan raya yang kerap berlaku sejak belakangan ini adalah berpunca daripada
sikap pemandu yang suka memandu melebihi had laju yang ditetapkan. Dalam
hal ini, had laju yang sedia ada wajar dikurangkan, khususnya di kawasan lebuh
raya, walaupun sesetengah pemandu sememangnya tidak bersetuju dengan cadangan
ini, tetapi apabila suatu peraturan itu telah ditetapkan, mereka harus
mematuhinya.
Denda
juga harus dikenakan terhadap pengguna yang memandu melebihi had yang
ditetapkan. Jika seseorang pemandu itu didapati melakukan kesalahan yang sama
lebih daripada dua kali, maka lesen memandu mereka perlu digantung. Tindakan
ini sudah pasti akan dapat membuka mata pengguna-pengguna lain. Sikap
tidak mengambil peduli akan keselamatan di jalan raya dalam kalangan
pengguna selama ini pasti akan terhakis apabila amaran menggantung lesen
memandu mereka dikeluarkan.
Pengguna
juga perlu disedarkan tentang tanggungjawab mereka ketika berada di jalan raya
melalui kempen-kempen keselamatan jalan raya oleh pihak tertentu, bak kata
pepatah, janganlah sudah terhantuk baru hendak tengadah kerana apabila sesuatu
kecelakaan sudah berlaku, tiada guna menyesalinya lagi, kerana nasi sudah
menjadi bubur.
01
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis was so helpful
ReplyDeleteHmm 🤔
DeleteBaik
ReplyDeletebaik
ReplyDeletekarangan ni brape patah perkataan ya?
ReplyDelete👍👍
ReplyDeleteTerbaik bossku
ReplyDeleteTerbaik lah 👍👍👍👍100% boleh lulus ujian karangan tentang kaselamatan jalan raya
ReplyDeleteCool
ReplyDeleteCool
ReplyDeleteWhat cool
DeleteDo u have contoh karangan PT3: keselamatan jalan Raya at least 6 rangkap perengang ? Please share to my email address ☺️ thanks , I need to for exam. ����
ReplyDeleteExam cheater
DeleteThanks����
ReplyDeleteCantik dooo
ReplyDeleteisi kurang je....
ReplyDeletekalau kurang tambah lah sendiri
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteHebat sampai lulus saya peperiksaan
ReplyDeleteckgu tak tau ke 😂
DeleteBerapa patah perkataan karangan ini ?
ReplyDeletekira la sendiri...
Deleteterima kasih cikgu berkongsi ilmu dengan saya :)
ReplyDeletesemestinya nanti , engkau kembalikan sentuhan lembut mu lagi
ReplyDeleteakan juga nanti angin meniupkan rindu padamu
DeleteHUHU ESOK SPM 2021
ReplyDelete