BENCANA ALAM
Tajuk/Soalan: Kejadian bencana alam semakin kerap di negara ini. Angka kematian juga
mula bertambah. Huraikan
punca-punca bencana alam berlaku.
Contoh
Jawapan:
Sejak
kebelakangan ini, banyak bencana alam telah berlaku. Antaranya ialah tanah
runtuh,banjir,kebakaran hutan dan hujan asid. Faktor utama yang mengakibatkan
bencana alam kebanyakkan disebabkan oleh kegiatan manusia yang tidak
bertanggugjawab.
Salah
satu sebab bencana alam berlaku adalah kerana manusia tidak menghiraukan alam
sekitar. Manusia menebang pokok untuk mendirikan bangunan. Selain daripada
mengurangkan jumlah hutan, pernerbangan pokok juga menyebabkan tanah runtuh.
Tambahan
pula, sungai telah dijadikan tempat pembuangan sampah oleh pihak kilang-kilang
tanpa menghiraukan kesan-kesannya. Membuang sampah ke dalam sungai akan
mengakibatkan air tersumbat, semasa hujan diturun dengan lebat , air di sungai
akan meluap dan menyebabkan banjir.
Di
samping itu, kenderaan yang membebaskan asap hitam yang mengandungi gas karbon
monoksida mengakibatkan kepanasan global. Hal ini menyebabkan kita berasa panas
walaupun pada waktu malam. Oleh sebab itu, suhu yang tinggi selalu
mengakibatkan kebakaran.
Selain
itu, kegiatan pertanian mengguna baja yang banyak menyebabkan hujan asid.
Pembakaran terbuka bungkusan plastik baja akan
menghasilkan gas nitrogen. Hujan asid bukan sahaja menjejas kesihatan
manusia, ia juga mempercepatkan hakisan bangunan.
Bencana
alam bukan sahaja merosakkan harta benda
malah membawa kehilangan nyawa. Dengan demikian, kita mestilah bersikap bertanggungjawab
untuk memelihara alam sekitar di negara supaya kejadian buruk ini tidak
berulang dan mudah berlaku.
No comments:
Post a Comment